Us :')
Friday, 15 November 2013 • 07:13 • 0 comments
Assalamualaikum. Hai manusia manusia sekalian alam. Apa khabar? Sihat sihat je kan? Harap harap bergitulah yee. Hahaha. Spm tinggal 5 paper je lagi. Tak sabar nak habis exam and nak tinggalkan zaman persekolahan. Errr, maybe aku akan rindu kawan kawan, saat saat yang paling manis or pahit or sakit or whatever.

"kenapa baru sekarang kau nak tegur aku" "kenapa baru sekarang nak senyum dekat aku" "kenapa baru sekarang kau nak layan aku" kenapa baru sekarang kau nak buat semua tu" "kenapa tak dari dulu" "kenapa harus sekarang!". Benda ni yang sering bermain di fikiran aku sejak akhir akhir ni.Entahlah, aku pun tak tahu mengapa dan perlukah benda sebegini terjadi pada aku. Setelah aku berusaha untuk melupaknnya and buang rasa suka terhadap dia. Hafiz, dialah orang pertama yang aku minat. Masa aku minat dia tu aku tak tahu pun yang dia sudah berpunya. Tapi, now makwe dia dah jadi kawan aku. Boleh dikatakan bestfriend jugaklah. Sejak tu aku cuba buang semua perasaan tu. Aku cuba untuk anggap Hafiz sebagai seorang kawan aku sahaja. Tapi, sejak akhir akhir ni. Dia mcm dah mula nak tegur aku. Hari tu, sebelum nak exam paper ape entah. Tiba tiba die senyum dekat aku. Aku pun macam peliklah kan. Kenapa dia senyum? But, aku anggap tu dia saja je senyum dekat kawan dia sendiri. Yaa, bukan senang aku nak lupakan dia mcm tu je. Tapi, nak buat mcm mana kan. Dia pun da berpunya. Takkan aku nak kacau hubungan diaorang kot. Tak mungkin aku nak musnahkan hubungan dorg yang dah nak dekat 2 tahun lebih tu. Aku tak sekejam tu and aku tahu macam mana rasa sakitnya bila orang lain cuba nak musnahkan kebahagiaan kita bersama orang yang kita sayang.

Then, entah macam mana aku boleh tersuka dekat Putra. Hmm, dia memang tak bagi aku harapan. Die tak pernah bagi aku harapan. Even dia tahu yang aku suka dia, tapi kiteorg tak pernah bertegur pun dekat sekolah. Kalau terjumpa or terserempak pun buat macam tak kenal. Kawan kawan aku semua suruh aku tegur dia dulu, tapi aku rasa mcm over sangat tak kalau aku yang tegur dia. So, aku pun ambil keputusan takkan tegur sampaila dia yang tegur aku dulu. Dulu aku selalu jugak wish goodmorning or goodnight dekat dia. Tapi, sejak akhir akhir ni aku dah tak text dia benda benda yang sweet cenggitu. Cehhh, sweet hotak kauu Nash! -,-. Hahahaha. Then, tetibe hari tu dia mention aku dekat twitter. Aku pun macam "Ehh, mimpi apa mamat ni" "Dia ni betul ke tak" "Aku mimpi ke ni". Hahahaha. Seriously, aku tak percaya gila yang dia akan mention aku. Dia rindu aku ke? Dia rrindu nak text dengan aku ke? Dia rindu nak dapat text wish goodmorning and goodnight tu lagi ke? Aku tahu aku terlalu berangan angan nak jadi milik dia. Walaupun pada hakikatnya aku tahu yang aku takkan jadi milik dia. Sampai bila bila aku takkan jadi milik dia. Aku terlalu berharap yang dia akan menerima diri ini seadanya. Tapi, aku silap. Aku tak patut nak menaruh harapan yang terlalu tinggi dekat seseorang.Aku tak layak untuk mereka. Aku sedar siapa diri aku. Tapi, bukan aku yang mintak nak jadi macam ni. Perasaan tu Allah yang hadirkan dalam hati ni. Allah yang putikkan rasa suka, sayang or cinta dalam hati ni. Aku tak mintak pun.

Hanya Allah je yang tahu apa yang aku rasa sekarang. Perasaan yang bercampur baur. Aku pun tak tau nak cakap and nak luahkan dekat siapa lagi. Siapa je yang aku ada dalam dunia ni. Family? Kawan? Musuh? Family tu mestilah. Kawan? Tak semua kawan kita akan ada masa kita susah. Masa kita senang mungkin dialah yang akan ada disisi kita, tapi masa kita susah. Kemana dia menghilang? Saat kita perlukan dia untuk beri kita semangat, untuk tenangkan hati kita, untuk dengar masalah kita, untuk jadi peneman kita. Tapi, semua tu hanya mimpi belaka. Tak semua benda yang ada dalam dunia ni akan berkahir dengan sesuatu yang indah. Kadang kadang boleh jadi sesuatu perkara yang kita sendiri tak duga sampai kita menitiskan air mata. Bibir boleh menipu dengan memberikan senyuman, tapi dalam hati kita ni hanya kita dengan Allah je yang tahu. Tiada siapa yang boleh faham kita masa tu. Hanya padaNya tempat untuk mengadu, tempat untuk kita luahkan segala galanya, tempat untuk kita merintih dan menangis sepuas hati. Macam macam duagaan yang telah Allah berikan dalam persahabtan kita. Lepas satu satu yang datang tanpa kita semua duga. Tapi, kita tak boleh nak salahkan sesiapa. Sebab semuanya kehendak masing masing nak berubah untuk menjadi yang lebih baik. Walau apa pun yang terjadi, aku takkan pernah lupa kawan kawan aku. Orang yang dah anggap aku sebagai kawan, selalu bersama sama, belajar bersama. Tidak akan aku lupakan begitu sahaja. Apa yang aku harapkan, kita masih bersahabat walau pun lepas ni masing masing dah buat haluan masing masing :')

Asslamaualaikum, selamat malam ;'))








OLD • NEW
This owner

Welcome

Assalamualaikum.
Status : Me know me cute :p Ahakz

Tweeting

Credits

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Nashruna