RAMADHAN BAKAL MENJELANG :))))
Friday, 5 July 2013 • 08:55 • 0 comments
Assalamualaikum. Selamat malam semua. Hari ini semua sibuk nak jadi burung hantu ek?Hahahaha, almaklumlah besok kan cuti. Muahahaha. Tadi dekat sekolah ade ceramah di Ambang Ramadhan. Penceramah dia nak tahu siapa tak? Hahaha, penceramah dia Imam Muda Aran. Hohohoho, handsome gila bhaii! Tadi farra, aku dengan shu dah berebut-rebut dah haaa! Hahahaha *jk jk jk*.

Sebelum dia mulakan ceramah tu, dia suruh kiteorg berdiri. Then berzikir ramai-ramai. Adudududu, bila dengar suara dia berzikir pe semua. Naik bulu roma aku duhh! Alangkah bahagianya kalau bakal suami aku nanti seperti dia. Kuat ilmu agamanya, mahir dalam agama, pandai mengaji, and macam macam ahh. Rasa macam bahagia je hidup bila dengan bakal suami yang cemtuu nanti. Hahaha, insyaallah. Aku akan dapat bakal suami yang baik, handsome, pandai mengaji, bertanggungjawab, kuat ilmu agama, boleh bimbing aku ke jalan yang benar and macam-macam lagi. Siapa taknak kan bakal suami yang baik, bertanggungjawab semua. Mana ada isteri yang nak bakal suaminya kaki perempuan, tak bertanggungjawab semua tu. Right? Hmmm.

Masa tengah berzikir tuu rasa sayu je hati ini. Rasa nak nangis pun ada. Bila terkenangkan akan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Tak kira lah dosa tu yang kita sedar ataupun tak. Yaa, kita memang manusia biasa. Yang sering melakukan kesilapan. Tapi, tak semestinya kita tak boleh berubah kan? Cuma nak dengan taknak je. Yang penting niat kita untuk berubah tuu betul dan ikhlas kerana Allah swt. Bukannya sebab nak menunjuk-nunjuk dekat orang yang kita ni dah berubah. Lagi beberapa hari je, nak masuk bulan Ramadhan. Tak sangka begitu pantasnya masa berlalu. Niat di hati berazam nak penuhkan puasa dan solat terawih di surau. Dapatkah aku melakukannya? Insyaallah :). Kadang-kadang aku selalu terfikir, andai kata kali ini ramadhan terakhirku, adakah aku akan sempat memohon ampun dari semua keluargaku, sahabatku dan lain-lain. Sempatkah aku mengucapkan selamnat tinggal kepada mereka? Ya Allah, kau panjangkan lah umur ku. Sesungguhnya, diriku masih belum cukup amalan untuk dihitung semasa di alam barzakh nanti. Aku takut dengan azab seksamu :'(. Bantulah aku ya allah :'(.

Trial Spm semakin hampir. Peperiksaan sebenar SPM bakal menjelma. Adakah aku sudah bersedia untuk menghadapi peperangan yang akan menentukan masa depan aku? Sungguh, aku tidak bersedia dari segi mental mahupun fizikal. Buku pun belum habis dikhatamkan. Macam ni ke nak jawab exam? Huh! Semakin dekat nak exam, semakin menebal kemalasan dalam diri untuk mengulang kaji. Ish ish ish! Angan-angan tinggi, tapi malas nak usaha. Kerja nak bagus, tapi malas nak baca buku. Haha, apa nak jadi? Sedarlah Nash, insaflah sebelum terlambat. Masih ada masa untuk kita perbaiki semua ini. Muhasabah diri kalau nak jadi orang yang berguna. Tiada apa yang dapat meggembirakan hati kedua orang tua kita selain daripada mereka melihat kejayaan kita. Mereka tidak megharapkan kita membalasnya dengan wang, harta, kereta mewah. Tapi dengan hanya segulung ijazah sudah cukup untuk menggembirakan hati mereka. Hargailah mereka selagi mereka masih ada :'). Assalamualaikum, goodnight :*



OLD • NEW
This owner

Welcome

Assalamualaikum.
Status : Me know me cute :p Ahakz

Tweeting

Credits

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Nashruna