Menghitung Hari Demi Hari
Tuesday, 18 March 2014 • 07:39 • 0 comments
Assalamualaikum. Selamat malam semua nyaaaa. Hahaha. Dah lama aku tak update blog. Dibiarkan terbengkalai. Dah berhabuk dah. Wakakakakaka. Sejak digelar bekas pelajar sekolah ni, aku takda buat apa pun. Just duduk rumah, jadi bibik sepenuh masa. Wahahaha. Penat doiii jadi bibik tak berbayar nii. Ehem ehem. Gua dah lulus lesen P motor lah derr. Kau hadoooo?!! Hahaha. Okayy, overrrrr -,-.

Menghitung hari demi hari menanti saat keputusan SPM yang bakal keluar tak lama lagi. Lagi 2 hari je okayyy? Oh goshhhh! Cuak, berdebar, menggigil, tak senang duduk semua ada. Perasaan bercampur baur. Macam macam yang ada dalam kepala otak ni "Agak agak berapa eh aku dapat" "Boleh ke aku dapat apa yang aku target". Ya Allah, macam macam yang berlegar legar dalam kepala otak aku sekarang ni.Aku tak tahu sama ada masa ambil result nanti hari yang menggembirakan or menyedihkan. Haishhhh. Apa yang aku rasa sekarang, Allah je yang tahu. Betapa takutnya nak tunggu saat itu nanti.

Semua orang nak buat parents dia gembira dengan mendapat result yang cemerlang, gemilang and terbilang. Semua orang nak tengok air mata yang mengalir di wajah kedua ibu bapa mereka adalah air mata kegembiraan bukannya kesedihan, kekecewaan and macam macam lagi. Kalau lah result kita tak memuaskan hati, at least diri kita sendiri masih boleh redha and terima je keputusan tu dengan hati terbuka. Tapi, parents kita dapat terima ke? Dorg boleh redha ke dengan apa yang bakal kita dapat nanti? ya Allah, kau berikanlah aku keputusan yang cemerlang supaya aku dapat membanggakan kedua orang tua ku. Aku tak sanggup nak tengok mereka kecewa dengan aku. Subhanallah.

Rasa macam nak gugur jantung ni bila asyik pikir pasal result SPM. Yaa, aku dah usaha bersungguh sungguh. Aku dah buat sehabis baik yang boleh. Now, aku serahkan segala-galanya pada Allah. Aku yakin Allah takkan kecewakan hambanya. Aku tak kesah kalau aku tak dapat staight A's pun. Asalkan result aku tu nanti akan buat parents aku bangga dengan aku and sekali gus dapat tebus kesalahan dulu masa PMR. "Tak semestinya kita gagal sekarang, masa depan kita akan gelap. Kalau kita usaha memperbaiki diri and berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita inginkan. Insyaallah, Allah beri kejayaan tu dekat kita. And kalau kita dah berjaya sekarang, belum tentu masa depan kita cerah. Kalau kita tak usaha, and kita berlagak sebab kita dah cukup pandai. Tak mustahil kita akan gagal. Allah itu maha adil". Kata kata itulah yang selalu menjadi pembakar semangat bila aku dalam kegagalan.

Tiada siapa yang akan faham kita bila kita gagal. Tiada siapa yang akan berada disamping kita disaat kita jatuh. Tiada siapa yang akan bantu kita disaat kita lemah. Malah, manusia akan mentertawakan kita bila kita dah gagal, bila kita dah jatuh. Hanya Allah saja yang akan faham kita, yang akan sentiasa mendengar doa kita, dan akan  selalu memberi kekuatan kepada kita. Insyaallah, jika kita yakin dengan qada dan qadarnya pasti kita akan berjaya. Semuanya dah tertulis dalam takdir hidup kita. Jika kita belum berjaya sekarang, bermakna Allah tu belum lagi nak bagi kejayaan dekat kita. Mungkin kita kurang usaha, kurang doa, kurang bersabar and cepat putus asa. Muhasabah diri itu penting agar kita sedar siapa diri kita dan kita berpijak dibumi yang nyata. Insyaallah.

Selamat malam. Asslamualaikum :))
Selamat Tahun Baru
Saturday, 25 January 2014 • 07:18 • 0 comments
Assalamualaikum. Hai semua nyaaaaaaaaaaa. Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU. Harap harap ditahun baru 2014 ini kita menjadi lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Tak usah dikenang lagi perkara perkara pahit yang telah berlaku pada tahun lepas. Tak usah diungkit walau sedikit pun. Takda guna nya lagi. Bukak buku baru, tutup buku lama. Move on kan lebih baik daripada dok terkenang kan benda yang menyakitkan hati. Hidup ini perlu diteruskan walau apa jua yang berlaku. Walaupun orang yang kita anggap bestfriend selama ni, tiba tiba pergi begitu saja. Takpa, ada hikmahnya :).

Bagi aku, permulaan 2014 yang sangat sangat sangat bermakna bagi aku. Mungkin aku kehilangan seorang sahabat yang aku anggap "bestfriend" selama ni. Kawan daripada darjah 5, kelas pun always sama. Tak pernah pun terpisah. Tapi, sekarang bestfriend tu sudah tiada dalam kamus hidup aku. Manusia kan. Susah nak menjangka apa yang bakal berlaku. Tapi, alhamdulillah. Aku dipertemukan dengan Aishah, Ifa, Zura, Nana and Wan. Mereka sahabat baru aku yang Allah kurniakan selepas orang orang yang aku anggap bestfriend tiba tiba berubah dalam sekelip mata. Tapi, aku tak pernah salahkan dorg pun. Aku faham, manusia memang patut berubah. And aku tak kesah kalau dorg dah tak anggap aku kawan. Yang penting aku masih ada Azira Shuhadah and Izzatul Akmal. Susah untuk aku ucapkan apa yang telah berlaku antara persahabatan yang telah lama terjalin dan tiba tiba terputus begitu saja.

Bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk hidup di atas muka bumi ini. Aku hanya seorang manusia yang penuh dengan dosa. Mungkin aku tidak layak ke syurga, tapi aku juga takut akan neraka. Tahun 2013 yang penuh dengan kekecewaan, kesakitan, keperitan. Cukuplah sekadar itu sahaja yang mampu mengajar aku erti ketabahan. Dari situ kita boleh tahu siapa kawan dan siapa lawan. Biarlah tahun 2014 ini menjadi tahun yang paling bahagia dan bermakna dalam hidup aku. Aku tidak perlukan kawan yang talam muka, kawan yang tikam belakang kawan, kawan yang berpura pura ambil berat pasal kita tapi sebenarnya tak. Sungguh, aku penat.

Assalamualaikum :)

OLD
This owner

Welcome

Assalamualaikum.
Status : Me know me cute :p Ahakz

Tweeting

Credits

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Nashruna